Keistimewaan

   Di sekolah ini juga terletaknya dan tersimpan “BATU BERSURATPENINGGALAN PERANG DUNIAKEDUA” yang telah mencatatkan kejayaan tentera Jepun menawan daerah Machang pada 11 Disember 1941 setelah berlaku peperangan yang hebat dengan pihak tentera British. Tulisan di batu bersurat tersebut adalah dalam tulisan bahasa Jepun. Asalnya batu bersurat tersebut dijumpai tertanam di tebing Sungai Sat,Kemuning Machang dan telah dibawa ke kawasan sekolah ini di atas inisiatif dan minat yang telah ditunjukkan oleh Tuan Haji Mohd Shukri Hj. Saad sebagai pengetua sejak tahun 1972 hingga tahun 1982. Pada tahun 1994,Batu Bersurat tersebut telah diubah kedudukannya seperti yang ada sekarang di sudut sejarah Taman Seri adalah di atas keprihatinan Tuan Haji Mohd Salleh Hj. Hussein iaitu pengetua sekolah ini pada tahun 1983 hingga tahun 1995. Contoh replika Batu Bersurat ini ada dipamerkan di Muzium Perang Dunia Kota Bharu,Kelantan.

• Berita Semasa • Sejarah • Kakitangan • Infrastruktur • Kejayaan • Keistimewaan • Ko-Kurikulum • Jaringan Pendidikan • PIBG • Analisis Peperiksaan • Taqwim • Akademik • Disebalik Tabir •

SMK Hamzah,18500 Machang,Kelantan. Tel:09-9751300 @ E-Mail                                  

Copyright  2001 By SMKH