Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah(SMKH),18500 Machang,Kelantan ditubuhkan pada tahun 1956. Pada peringkat awal penubuhannya ia dikenali dengan namaGovernment English School Machangdan menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Machang kerana masih belum memiliki bangunan sendiri. Sekolah ini merupakan Sekolah Inggeris yang terulung di Machang pada waktu itu.

       Pada tahun 1959,Government English School Machang,telah diubah namanya menjadiSekolah Inggeris Hamzah(Hamzah English School)mengambil nama sempena seorang tokoh anak Melayu jati Kelantan yang setiasa peka dan prihatin dengan masalah pendidikan orang Melayu Kelantan. Tokoh ternama tersebut ialah AL-Marhum Tengku Mohd. Hamzah Ibni Al-Marhum Tengku Zainal Abidin(Tengku Seri Maharaja,DK,SPMK,PYGB,OBE). Beliau dilahirkan dalam tahun 1902.

Perubahan nama ini menaikkan lagi imej sekolah. Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang semasa hayatnya ialah:-

  • Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang pertama(1937-1953)

  • Menteri Besar Kelantan(1955-1959)merangkap Pengerusi atau Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri. Beliau meninggal dunia pada 25hb.Februari 1962,semasa berusia 60 tahun.

       Hasil perkongsian hidup beliau dengan isterinya,Nik Zainab bt. Nik Ali telah memperolehi empat orang putera dan dua orang puteri iaitu Tengku Azizan,Tengku Razaleigh,Tengku Zain,Tengku Maziah,Tengku Abdul Aziz dan Tengku Robert

       Pada tahun yang sama juga sekolah telah mencipta lambangnya sendiri iaitu 'HARIMAU' bererti 'GAGAH DAN BERANI' dan mempunyai mottonya sendiri iaitu 'NULLI SCUNDUS' yang bermaksud 'SENTIASA TERULUNG' atau 'SECOND TO NONE'. Dari setahun ke setahun sekolah ini terus berkembang menyebabkan bangunan di tapak asal tidak lagi dapat menampung pelajar yang semakin bertambah bilangannya. Dengan itu sebuah tapak baru di jalan Pasir Puteh telah disediakan. Sekolah ini kemudiannya dipindahkan ke tapak yang ada sekarang pada tahun 1972 dan merupakan sekolah yang tertua di daerah ini dan banyak sejarah yang telah dicipta oleh SMKH. 

• Berita Semasa • Sejarah • Kakitangan • Infrastruktur • Kejayaan • Keistimewaan • Ko-Kurikulum • Jaringan Pendidikan • PIBG • Analisis Peperiksaan • Taqwim • Akademik • Disebalik Tabir •

 

SMK Hamzah,18500 Machang,Kelantan. Tel:09-9751300 @ E-Mail                                  

Copyright  2001 By SMKH